Sarah Palin
Sarah Palin

Sarah Palin

Sarah Louise Palin (sebutan bahasa Inggeris: /ˈpeɪlɨn/; lahir 11 Februari 1964) ialah ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Gabenor Alaska. Beliau ialah calon naib presiden untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2008 mendampingi John McCain (Republik). Mereka dikalahkan oleh pasangan Barack Obama dan Joe Biden (Demokrat).Palin dipilih sebagai gabenor pada akhir 2006 setelah mengalahkan gabenor yang berkhidmat ketika itu, Frank Murkowski dalam pilihan raya terdahulu Parti Republik, dan mengalahkan bekas gabenor dari Parti Demokrat, Tony Knowles dalam pilihan raya umum. Sarah Palin ialah wanita pertama sekaligus gabenor termuda yang pernah memegang jawatan Gabenor Alaska. Sebelum ini, Palin menjadi ahli dewan bandar Wasilla, Alaska dari 1992 hingga 1996 (dua kali semasa tempoh jawatan), dan terpilih dua kali sebagai datuk bandar Wasilla, pada tahun 1996 dan 1999. Pada tahun 2002, Beliau pernah mencalonkan diri sebagai wakil gabenor namun tidak terpilih. Palin mendapat ijazah Sarjana Seni dalam bidang kewartawanan Universiti Idaho.Pada 29 Ogos 2008, calon presiden dari Parti Republik, John McCain mengumumkan bahawa Palin telah dipilih sebagai pendamping dalam pilihan raya umum. Ini menjadikan Palin sebagai wanita calon naib presiden kedua yang mewakili parti politik besar di Amerika Syarikat selepas Geraldine Ferraro, sekaligus wanita calon wakil presiden pertama dari Parti Republik. Beliau juga menjadi ahli politik kelahiran Alaska yang pertama kali mengikuti pilihan raya presiden/naib presiden di AS.

Rujukan

WikiPedia: Sarah Palin http://www.adn.com/news/politics/story/510048.html http://www.alaskareport.com/news10079.htm http://freepages.genealogy.rootsweb.ancestry.com/~... http://www.cnn.com/2008/POLITICS/08/29/rollins.pal... http://www.ibdeditorials.com/IBDArticles.aspx?id=3... http://www.marketwatch.com/news/story/mccain-surpr... http://www.nationaljournal.com/almanac/2008/people... http://www.palinforgovernor.com/ http://www.usmagazine.com/news/sarah-palin-was-run... http://washingtontimes.com/weblogs/belief-blog/200...